Az Bridal & Collections adalah sebuah Butik Pengantin yang menyediakan perkhidmatan khusus pakej perkahwinan seperti dekorasi pelamin, kamar beradu, fesyen busana pengantin, solekan dan juga foto.
Terciptanya nama Az Bridal & Collections adalah hasil daripada gabungan nama adik beradik iaitu Azrina dan Azrini, maka bermulalah perniagaan secara kecil-kecilan kami pada tahun 2008. Kami bermula dengan modal sendiri dan Alhamdulillah…..dalam usia perniagaan kami yang mengjangkau 2 tahun…sambutan yang diberikan agak menggalakkan.
Bermula February tahun 2010, Az Bridal & Collections telah berpindah ke sebuah lokasi perniagaan yang lebih selesa bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami. Di sini kami dapat mempamerkan pelamin dan busana pengantin juga dapat diperagakan bagi pilihan bakal Raja Sehari.
Dengan melihat kepada perkembangan semasa Az Bridal & Collections fokus perniagaan kami memberi tumpuan kepada pelanggan daripada golongan rendah dan pertengahan.
Terima kasih kepada juru make-up kami dan juga jurufoto yang telah sudi bekerjasama dengan Az Bridal & Collections sehingga hari ini. Tidak lupa juga kepada warga kerja Az Bridal & Collections yang bertungkus lumus dalam membangunkan butik ini.
Menjadi impian kami agar Az Bridal & Collections terus berkembang dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya. Ini adalah kerana, kami juga mengharapkan bakal pengantin mendapat sentuhan terbaik dengan harga yang amat berpatutan.
Az Bridal & Collections melahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami. Terima kasih juga atas sokongan anda kepada kami.
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)